Musim 2009/2010 adalah musim tidak menentu buat Manchester United..
"Manchester United" nama yang tidak asing buat peminat bola sepak, sebuah kelab yang terkenal di serata dunia tidak kira peringkat umur daripada kakak-kanak sehingga dewasa. Apabila disebut sahaja perkataan M.U, orang akan mengatakan bahawa ianya sebuah kelab bola sepak gergasi di England.
Mengapakah nama Manchester United begitu terkenal?
Jawapannya mudah saja, kerana dalam tempoh hampir dua dekad ini, pasukan Manchester United telah mengukir nama dalam setiap kejuaraan, tidak kira di England atau di peringkat antarabangsa.
Mengikut statistik dalam Liga Perdana Inggeris sahaja, sejak tahun 1992 sehingga pertengahan 2010, M.U telah bermain sebanyak 691 perlawanan, mencipta kemenangan sebanyak 445, seri 146,kalah 100, gol 1365 dan bolos hanya 589. M.U berada di tangga teratas carta keseluruhan musim 1992 hingga 2010, manakala di tangga ke dua adalah pasukan Arsenal, diikuti Chelsea dan Liverpool. Demikianlah pencapaian pasukan Manchester United yang sentiasa menang dan jarang sekali kalah dalam perlawanan.
Peningkatan mendadak pasukan M.U, adalah pada tahun 2007, 2008, 2009 dimana setiap musim mereka akan memenangi tidak kurang dari 3 Piala kejuaraan. Selain peningkatan pasukan, M.U juga berjaya melahirkan bintang-bintang bola sepak bertaraf dunia, seperti yang kita sedia tahu pada tahun 2008 Cristiano Ronaldo dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia.
Kecermelangan pasukan M.U pada ketika itu, adalah kerana adanya pemain yang berbakat dalam pasukan dan tidak dinafikan bahawa Cristiano Ronaldo adalah tonggak yang memberi motivasi pada pemain-pemain, selain itu M.U juga mempunyai barisan penyerang yang hebat seperti Carlos Tevez, Wayne Rooney dan Dimitar Berbatov.
Tetapi pada musim 2009/2010, rekod kecermelangan pasukan M.U seperti sudah terpadam, perestasi pasukan tidak menentu dari awal sehingga penghujung musim, kalau kita lihat dari carta Liga Perdana sahaja dalam 33 perlawanan, M.U telah menerima kekalahan sebanyak 7 kali, dimana dalam tempoh 6 tahun M.U tidak pernah dikalahkan sebanyak itu.
Selain Liga Perdana, kita boleh lihat daripada pusingan kelayakan Piala FA, pusingan pertama sahaja M.U telah disingkirkan oleh pasukan bawahan "Liga Perdana 2" iaitu Leeds United. Keadaan lebih menyedihkan adalah kerana perlawanan itu berlangsung di tempat sendiri (Old Trafford).
Bukan setakat itu sahaja keperitan pasukan M.U, dimana baru-baru ini M.U juga telah di singkirkan oleh Bayern Munich dari kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah pada peringkat suku akhir. Keadaan ini membuatkan kebanyakan peminat Manchester United kecewa, termasuklah saya.
Adakah prestasi tidak menentu M.U pada musim ini disebabkan ketiadaan 2 tonggak utama, iaitu Cristiano Ronaldo dan Carlos Teves dimana mereka telah berpindah ke Real Madrid dan Manchester City?.
Memang tidak dapat dinafikan ketiadaan Crastiano Ronaldo, menyebabkan kehilangan besar dalam pasukan Manchester United dan ramai orang mengatakannya termasuklah Media masa dan bekas pemain bola sepak.
Bakat yang ada pada Ronaldo sukar untuk dicari ganti dalam masa yang singkat, kerana kemahirannya begitu luarbiasa, kalau kita lihat dari segi dia membawa bola begitu lincah dan mengelirukan, lariannya yang pantas, begitu juga dengan tendangan padu dan hantara yang tepat, Selain itu Ronaldo juga mempunyai kebijaksanan yang tinggi semasa dalam permainan, "itulah Ronaldo."
Tambahan lagi pada musim 2009/2010 ini, nasib tidak menyebelai M.U kerana ramai tonggak utama M.U mengalami kecederaan dan memerlukan rehat yang panjang, seperti pada awal musim Park Ji Sung dan John O'sea, cedera semasa mewakili negara untuk kelayakan Piala Dunia. Seterusnya Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic pertahanan terkuat M.U juga cedera dan direhatkan hampir 4 bulan, begitu juga dengan Penyerang berbisa M.U iaitu Wayne Rooney cedera pada pertengahan dan akhir musim.
Keadaan yang lebih teruk pernah berlaku ketika semua pemain pertahanan M.U cedera termasuk penjaga gol Ewin Van De Sar, dimana tahap kecederaan pasukan M.U yang paling kritikal sehinggalah pengurus Sir Alex terpaksa mengambil pemain tengah Derran Flatcher dan Michael Carrick menjadi pemain pertahanan untuk beberapa perlawanan dan dalam keadaan itu dua kali pasukan M.U kalah, pertama dengan Fulham 3-0 dan Aston Villa dimana M.U kalah 1-0 di Old Trafford.
Masalah kecederaan ini menjadi lebih besar kerana tiada barisan pelapis yang berbakat mampu mengisi posisi tersebut. Terutama sekali di bahagian serangan tanpa Wayne Rooney pasukan M.U seperti kehilangan bisa. Oleh itu ramai penganalisis mengatakan pasukan M.U terlalu bergantung dengan Wayne Rooney.
Walau demikian, pasukan M.U masih boleh dikira berjaya kerana mampu mengilap bakat muda, terutama sekali pada Wayne Rooney, dan dia telah membuktikan sentuhan berbisanya dengan 26gol dalam Liga Perdana dan 34 gol untuk keseluruhan kejuaraan. Selain itu M.U juga ada Michael Owen yang baru menyertai pasukan musim ini, cuma sentuhannya kurang berbisa dan telah direhatkan sehingga akhir musim 2009/2010, kerana telah mengalami kecederaan lutut yang menghantui persembahannya sebelum ini. Semoga selepas melakukan pembedahan lutut Owen akan dapat membantu pasukan M.U musim baru akan datang.
Kita juga oleh lihat beberapa pemain yang semakin menyerla dalam pasukan M.U, seperti di bahagian Bek kanan pemain muda Rafael Da Silvatelah menunjukan kemajuan dalam permainan, cuma masih kurang pengalaman, begitu juga di bahagian midfieder Darron Gibson dan yang paling menyerla adalah rakan senegara Cristiano Ronaldo iaitu Nani, selepas sembuh daripada kecederaan dan kembali dalam kesebelasan utama. Kita boleh lihat dalam beberapa perlawanan dia telah menunjukkan peningkatan yang ketara dari segi skill mengelecek, larian dan hantaran yang semakin tepat, apa yang penting dia bermain dengan lebih matang dan berani.
Mengikut laporan terkini M.U telah membeli 2 orang pemain baru, untuk memperkuatkan pasukan pada musim 2010/2011, pertama pemain pertahanan Chris Smalling daripada pasukan Fulham, dan baru-baru ini M.U telah membeli seorang bintang hebat daripada Mexico iaitu Javier Hernandez yang lebih dikenali sebagai "Chicharito", untuk menajamkan bahagian serangan Manchester United pada musim depan.
Menurut laporan walaupun baru berusia 21 tahun, pemain kebangsaan Mexico ini begitu berbisa sekali kerana dalam 28 perlawanan, dia telah menjaringkan 21gol dan Javier Hernandez @ Chicharito akan menyertai pasukan M.U bermula 1july nanti.
Dengan adanya bintang baru ini pastinya ramai peminat M.U tidak sabar untuk menyaksikan persembahan hebat daripada Chicharito..
No comments:
Post a Comment